Kajian logistik e-dagang di ASEAN - Utusan Malaysia

Kajian logistik e-dagang di ASEAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Perkhidmatan penghantaran adalah penting untuk kejayaan e-dagang di Malaysia dan Asia Tenggara. Tanpa perkhidmatan penghantaran terbaik, pengguna akan berasa tidak berpuas hati apabila menerima produk mereka dan kemungkinan tidak mahu membuat pembelian lagi.

Dalam kajian terbaharu oleh Parcel Perform & iPrice, kami mendapati lebih daripada 34 peratus pembeli dalam talian di Asia Tenggara tidak puas hati de­ngan perkhidmatan penghantaran masa kini.

Ia juga menunjukkan lebih daripada 90 peratus aduan dibuat oleh pelanggan dan maklum balas negatif berkaitan penghantaran ­lewat atau kekurangan komunikasi mengenai status penghantaran.

Memuatkan artikel berkaitan…

Setelah menganalisis lebih 80,000 komen oleh pengguna ­e-dagang di Singapura, Malaysia, Vietnam, Thailand dan Indonesia, berikut adalah penemuan utama kaji selidik ini.

Thailand paling pantas

Pada masa ini, Thailand menjadi negara utama dengan jumlah masa transit paling cepat secara purata. Ini bermakna produk yang dibeli secara dalam talian di Thailand akan sampai di pintu masuk pengguna dalam masa hanya 3.8 hari.

Selepas Thailand, Singapura mengambil masa selama 3.3 hari secara purata manakala Indonesia selama 3.8 hari. Malangnya, Vietnam dan Malaysia mengalami masa transit paling perlahan berbanding negara lain dengan mengambil masa selama 5.6 dan 5.8 hari secara purata.

Penarafan kepuasan pelanggan

Melalui penemuan kami, pengguna cenderung memberi penarafan lima bintang kepada perkhidmatan penghantaran yang lebih cepat dan cekap. Melalui penyelidikan ini, kami dapati:

l 0 hingga tiga hari: 54 peratus pengguna memberi penarafan lima bintang

l Tiga hingga enam hari: 40 peratus pengguna memberi penarafan lima bintang

l Enam hingga sembilan hari: 30 peratus pengguna memberi penarafan lima bintang

l Sembilan hingga 12 hari: 24 peratus pengguna memberi penarafan lima bintang

l 12 hari atau lebih : 24 peratus pengguna memberi penarafan lima bintang

Kesimpulannya, penghantaran barangan kepada pengguna antara 0 hingga tiga hari lebih tinggi cenderung mendapat ­penarafan lima bintang daripada pelanggan.

Pelanggan Singapura 
paling gembira

Apabila melihat penarafan ­keseluruhan, rakyat Singapura kini paling gembira dengan perkhidmatan penghantaran tempatan mereka semasa membuat pembelian dalam talian. Kaji selidik kami me­nunjukkan, 55.9 peratus pengguna memberi perkhidmatan penghantaran tempatan mereka penarafan lima bintang. Vietnam pula 51.4 peratus, Thailand (50.5 peratus) dan Indonesia 45.3 (peratus). Pe­langgan Malaysia paling tidak berpuas hati iaitu 36.3 peratus dengan penarafan satu bintang.

Perkara kurang disenangi

Menariknya, pengguna kurang senang dengan isu-isu berkaitan bungkusan rosak, diikuti 37.2 peratus tidak berpuas hati apabila mengalami penghantaran barangan lewat dan 32.5 peratus tidak berpuas hati dengan masa transit tidak memenuhi jangkaan.

Langkah terbaik perbaiki ­logistik e-dagang

Penghantaran lebih cepat

Apabila masa transit penghantaran meningkat, kepuasan pengguna (dengan penarafan kepuasan empat hingga lima) menurun 10 hingga 15 peratus untuk setiap tempoh masa. Hubungan secara langsung antara masa transit dan penilaian kepuasan pelanggan menunjukkan perkhidmatan pelanggan yang cepat, tepat dan responsif adalah penting untuk e-dagang.

Komunikasi yang proaktif

Komunikasi dengan pelanggan tentang jangkaan masa penghantaran akan meningkatkan penarafan kepuasan pelanggan. Kebanyakan penilaian 1/5 berkaitan kurangnya komunikasi semasa tempoh penghantaran.

Pengguna mengharapkan maklumat penghantaran tetap, yang dikemaskini dan menjangkakan tarikh penghantaran anggaran akan dipenuhi. Selain itu, pengambilan langkah untuk me­nguruskan proses komunikasi selepas pembelian adalah peluang untuk meningkatkan pengalaman penghantaran dan membantu syarikat e-dagang meningkatkan penarafan kepuasan pelanggan.

Tingkatkan data logistik

Pengendali tempatan boleh menanda bungkusan dengan anggaran tarikh penghantaran dalam usaha meningkatkan data logistik.

Sebahagian besar pembawa dengan data anggaran tarikh ­penyerahan kebanyakannya adalah pembawa antarabangsa yang beroperasi secara global. Pengangkutan tempatan di Asia Tenggara boleh mengambil ke­sempatan ini untuk meningkatkan data logistik mereka dengan anggaran pada tarikh penghantaran bagi meningkatkan penilaian kepuasan pelanggan.

Artikel oleh Parcel Perform 
dan iPrice Group (https://iprice.my)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini