GENEVA 10 Julai – Beberapa negara sebulat suara menggesa China menghentikan penahanan beramai-ramai etnik Uighur di wilayah Xinjiang.
Channel News Asia melaporkan, gesaan itu dibuat 22 negara menerusi surat rasmi yang ditujukan kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Gesaan itu juga dibuat susulan tekanan yang diberikan para aktivis berkenaan isu terbabit.
Memuatkan artikel berkaitan…
Antara negara yang terlibat seperti Australia, Canada, Jepun, Britain, Perancis, Jerman dan Switzerland.-AGENSI











