'Hormati pandangan Johor, agenda pembangunan belia diterus' - Utusan Malaysia

‘Hormati pandangan Johor, agenda pembangunan belia diterus’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Majlis Belia Daerah Kulai (MBD Kulai) menyokong penuh pendirian Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) supaya mana mana pihak tidak mempolitikkan isu had umur belia yang diputuskan oleh kerajaan negeri.

MBD Kulai juga berpendapat isu had umur belia ini tidak sewajarnya mengambil kira belia yang berpersatuan sahaja, malah perlu melihat skop yang lebih luas lagi.

Ingin MBD Kulai tegaskan sekali lagi kebertanggunjawaban kerajaan terhadap permasalahan belia mesti lebih menjurus kepada kadar pengangguran belia dan isu masalah sosial seperti dadah dan sebagainya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sudah pasti kerajaan negeri Johor mempunyai sebab musabab yang tidak perlu dipersoalkan kerana Menteri Besar Johor dan Exco Belia dan Sukan Johor adalah di kalangan orang muda yang berwibawa untuk memimpin kepimpinan belia seluruh negeri Johor memacu pembangunan dan kesejahteraan negeri.

Yang paling dikesalkan oleh MBD Kulai adalah apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang cuba mencetuskan polemik baharu berkaitan hal ini. MBD Kulai merasakan pandangan dan pendapat daripada DYAM TMJ bukanlah kerana pangkat dan jawatan semata mata tetapi kerana DYAM TMJ merupakan sosok yang sentiasa rapat dengan belia dan anak muda di negeri Johor.

Menuduh DYAM TMJ mencampuri urusan pentadbiran negeri Johor perlukan bukti yang kukuh, bukan bersandarkan kepada kenyataan yang tidak bertanggungjawab demi mencetuskan persepsi yang tidak baik terhadap DYAM TMJ.

MBD Kulai sekali lagi menyeru agar semua pihak dapat berganding bahu bersama memastikan agar Belia Johor dapat terus diperkasakan daripada segenap aspek kerana ia pasti akan memberi manfaat terbaik kepada negeri ini di masa akan datang.

Penulis merupakan Pengerusi Majlis Belia Daerah Kulai

* Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Utusan Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini