Lazimnya semua mengetahui melakukan senaman secara rutin antara langkah paling tepat untuk mendapatkan kesihatan berterusan terutama apabila usia semakin meningkat. Namun, dalam keterujaan bersenam, mungkin ada sesetengah individu tidak mengambil tahu mengenai apa yang perlu dilakukan sebelum bersenam atau perkara yang harus dielakkan bagi memastikan tidak berlaku sebarang kecederaan.
Berikut merupakan terapi semula jadi atasi cedera otot:
*Melakukan regangan setelah selesai berolahraga
*Mandi air sejuk kerana kesannya sama seperti anda menggunakan pek ais
*Mulakan dengan mandi ais suam selama satu hingga dua minit kemudian air sejuk selama 10 minit bagi menyingkirkan asid laktik daripada tubuh.
*Penyelidik dari University State & College Georgia menyarankan mengambil halia sebanyak dua gram selama 11 hari. Halia mampu meredakan otot yang radang.











