Tiada halangan saman PR1MA - Utusan Malaysia

Tiada halangan saman PR1MA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Julai – Tiada sebarang halangan untuk kumpulan pertama pembeli Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) bertindak menfailkan saman pemula susulan tidak berpuas hati dengan tawaran rebat yang ditawarkan kepada pembeli baharu.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, beliau menghormati keputusan kumpulan berkenaan walaupun telah bertindak di luar panduan yang dimaklumkan sebelum ini.

“Arahan saya kepada mereka adalah menulis surat kepada saya untuk digabungkan, selepas tamat Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 2019 saya akan teliti seterusnya berbincang dengan mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya sentiasa mengikuti rekod kumpulan ini tetapi 1,000 lebih pemilik rumah daripada pelbagai projek ini bertindak untuk ke mahkamah, tidak mengapa. Kita akan layan cara mereka itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pada majlis pelancaran Persidangan Hartanah Hi Home 2019 di Kelab Tasik Diraja, Taman Tasik Perdana, di sini hari ini.

Kelmarin, Malaysiakini melaporkan seramai 1,058 individu kumpulan pertama pembeli rumah PR1MA memfailkan saman pemula terhadap agensi tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Kumpulan itu yang diwakili peguam, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz berkata, tindakan itu dibuat selepas PR1MA menawarkan rebat sehingga 20 peratus kepada pembeli rumah baru menyebabkan pembeli rumah terawal mengalami kerugian sehingga RM100,000. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini