Ular sawa sembunyi dalam bilik air - Utusan Malaysia

Ular sawa sembunyi dalam bilik air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH – Seorang warga emas terkejut apabila seekor ular sawa tiba-tiba muncul di dalam bilik airnya di Taman Temerloh Jaya, di sini hari ini.

Reptilia sepanjang 0.6 meter itu berada di dalam saluran air dan berjaya ditangkap oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Angin.

Ketua BBP Bukit Angin, Penolong Penguasa, Bomba Hasnuddin Husin berkata, tujuh anggota bersama seorang pegawai bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 2.15 petang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebaik tiba di rumah terbabit, kita dapati seekor ular sawa berada di dalam saluran air di rumah warga emas itu.

“Anggota kita menggunakan penjerut untuk menangkap ular itu dalam masa kira-kira sembilan minit,” katanya.

Menurutnya, warga emas berusia 73 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan ular dilepaskan di kawasan jauh dari penempatan penduduk. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini