Reman suspek kes bunuh isteri disambung - Utusan Malaysia

Reman suspek kes bunuh isteri disambung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 10 Julai – Tempoh reman terhadap suspek kes tikam isteri sehingga mati di Taman Seri Duyong Fasa Dua di sini yang berakhir hari ini, dilanjutkan selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, suspek yang berusia 56 tahun disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

Menurut beliau, lelaki terbabit sebelum ini cedera parah selepas menikam dirinya sendiri dan dia kini stabil dan telah dipindahkan ke wad psikiatrik Hospital Melaka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Polis sebelum ini menahan lelaki terbabit selama seminggu bermula 3 Julai lalu namun kita memohon tambahan tempoh bagi melengkapkan siasatan.

“Pada masa yang sama, suspek dipantau keadaan kesihatannya oleh doktor di wad psikiatrik,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Minggu lalu, seorang suri rumah maut ditikam dengan pisau pemotong sayur oleh suaminya sendiri selepas mereka dipercayai bertengkar di kediaman pasangan itu di Taman Seri Duyong Fasa Dua.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, Samnah Mohamed, 55, ditemukan mati dalam keadaan berlumuran darah bersebelahan suspek yang turut cedera selepas cuba menikam diri sendiri berhampiran garaj rumah mereka.

Berdasarkan semakan rekod dengan pihak hospital, suspek sebelum ini pernah mendapatkan rawatan psikatrik dan ditahan pada Jun lalu atas kesalahan jenayah curi serta dadah. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini