17 nelayan khayal ditangkap di tengah laut - Utusan Malaysia

17 nelayan khayal ditangkap di tengah laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 10 Julai – Khayal sambil menangkap ikan.

Begitu yang berlaku terhadap 17 orang nelayan yang ditahan kerana positif dadah ketika bekerja menangkap ikan dalam operasi khas pihak berkuasa di kawasan muara sehingga ke perairan Kuala Kedah dekat sini, hari ini.

Operasi oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kedah dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kota setar itu dijalankan bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Komandernya, Mahmad Faizal Ahmad berkata, operasi itu melibatkan kekuatan seramai 25 orang anggota Maritim Malaysia dan 20 orang anggota AADK.

Katanya, tujuan operasi adalah untuk membasmi gejala penagihan dan penyalahgunaan dadah dalam kalangan nelayan di kawasan itu dan jenayah maritim lain.

“Hasil operasi menahan 17 orang nelayan berusia antara 19 hingga 40 tahun yang positif dadah jenis methaphetamine dan heroin. Pihak Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang di perairan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, pihaknya mengalu-alukan aduan terhadap sebarang aktiviti jenayah atau kecemasan di laut yang boleh disalurkan melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini