LONDON – Pemain sayap Belanda, Steven Bergwijn menyifatkan Virgil van Dijk seperti ‘gergasi’ dan dia amat berpuas hati beraksi di samping bintang pertahanan Liverpool itu dalam skuad kebangsaan.
Bergwijn menikmati ppencapaian menakjubkan bersama PSV musim lalu dan menjadi pemain bernilai di Eredivisie apabila meledak 14 gol dan 12 bantuan sepanjang 33 penampilan.
Bergwijn berkata, dia banyak mempelajari sesuatu yang penting di atas padang daripada semua rakan sepasukannya di peringkat antarabangsa, dengan menyifatkan Van Dijk adalah pertahanan terbaik di dunia.
“Van Dijk semenangnya gergasi. Sudah tentu ia adalah sesuatu perkara yang baik bagi mengukur tahap keupayaan diri saya ketika berdepannya dalam latihan bersama pasukan kebangsaan.
“Bagaimanapun bukan setakat Virgil, mereka semua dari kelab-kelab besar. Saya banyak belajar daripada mereka dan mereka juga berpengalaman dan hampir kesemua permainan datang dari kelab besar.” katanya.- AGENSI











