YANGON 10 Julai – Polis Myanmar menahan berpuluh-puluh pelarian Rohingya yang cuba lari ke Malaysia dengan menggunakan bot.
Lapor Bangkok Post, Seramai 63 orang termasuk 29 lelaki, 34 wanita ditahan ketika bot dinaiki mereka terdampar di pantai Maungtaw, Rakhine akibat kehabisan minyak dan cuaca buruk.
34 daripada kesemua pelarian itu merupakan mereka yang melarikan diri dari kem Cox Bazar manakala selebihnya dari Rakhine.- AGENSI
Memuatkan artikel berkaitan…











