Jiran PM New Zealand, dedah bunuh kucing pertama NZ - Utusan Malaysia

Jiran PM New Zealand, dedah bunuh kucing pertama NZ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON 10 Julai – Jiran Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern yang berasa bersalah akhirnya mendedahkan hari ini bahawa dia bertanggungjawab secara tidak sengaja membunuh ‘kucing pertama’ negara, Paddles ketika mengundur kenderaan di laluan rumah.

Jiran Ardern yang dikenali hanya sebagai Chris memberitahu laman berita stuff, ketika itu dia bergegas kembali bekerja selepas makan tengah hari di rumahnya.

Ketika itu Chris boleh melepaskan diri, namun dia memaklumkannya dengan pergi ke rumah Perdana Menteri dan Ardern memahami keadaan berkenaan.

Selepas Chris mendedahkan kejadian dialami secara terbuka hari ini, akaun Twitter @FirstCatofNZ bagi Paddles membuat kicauan menyatakan saya memaafkan anda.

Paddles yang mati pada November 2017 selepas Ardern memenangi pilihan raya namun maklumat penuh kematian tidak didedahkan membuatkan tanda tanya siapa membunuh kucing berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×