78 ditahan kerana terlibat judi - Utusan Malaysia

78 ditahan kerana terlibat judi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KENINGAU – Polis menahan 78 individu menerusi 65 serbuan yang dilakukan di daerah ini dalam usaha membanteras kegiatan perjudian dalam tempoh antara Januari dan Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintenden Shahruddin Mat Husain berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 39 orang ditahan terlibat dalam aktiviti perjudian atas talian manakala 17 lagi terlibat judi ramalan nombor ekor, lain-lain perjudian (20) dan dua suspek terlibat dalam aktiviti pelacuran.

“Hasil serbuan itu, sebanyak 48 unit pelbagai telefon, 17 ekor ayam laga serta sejumlah wang tunai RM25,040 yang disyaki digunakan dalam aktiviti perjudian turut dirampas,” katanya di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, dalam kes berasingan Shahruddin memberitahu, sebanyak 68 kes jenayah direkodkan dalam tempoh Januari hingga Jun lalu berbanding 75 kes pada tempoh sama pada tahun sebelumnya.

Jelasnya, jumlah jenayah kekerasan menurun 5.88 peratus manakala jenayah harta benda turut menurun 9.33 peratus pada tahun ini.

“Dalam tempoh yang sama juga, pihaknya berjaya menyelesaikan 54.76 peratus kes jenayah termasuk 15 kes daripada 23 kes pecah rumah.

“Jalinan kerjasama polis dengan masyarakat yang semakin erat menjadi penyumbang besar kepada penurunan kadar jenayah di daerah ini,” katanya- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini