60 asnaf terima rumah di bawah program Baiti Jannati TNB - Utusan Malaysia

60 asnaf terima rumah di bawah program Baiti Jannati TNB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Julai – Seramai 60 golongan asnaf dari sekitar ibu kota menerima bantuan rumah dengan nilai keseluruhan berjumlah RM3.1 juta di bawah program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, penerima yang terdiri daripada orang kurang upaya, warga emas, ibu tunggal, miskin tegar dan daif itu menerima hak milik rumah menggunakan peruntukan agihan semula wang zakat perniagaan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Hak milik rumah di bawah program ini akan dipindahkan kepada penerima yang terpilih dalam kalangan penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) atau Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia diberikan tanpa sebarang bayaran dengan syarat unit berkenaan tidak boleh dijual kepada pihak ketiga tetapi boleh diwariskan kepada anak atau waris terdekat,” katanya ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan di Kompleks Sukan Pantai Ecopark, di sini hari ini.

KHALID ABDUL SAMAD (duduk depan) beramah mesra bersama penerima
KHALID ABDUL SAMAD (duduk depan) beramah mesra bersama penerima rumah, Maimunah Salleh (depan kanan) ketika meninjau rumah di bawah Program Baiti Jannati peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diiringi oleh Roslan Ab Rahman (berdiri, tengah) di Kompleks Sukan Pantai Ecopark, Pantai Dalam, Kuala Lumpur, hari ini. – UTUSAN ONLINE/AMIR KHALID

Yang hadir sama, Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Wira Roslan Ab. Rahman dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil.

Menurut Khalid, program Baiti Jannati peringkat wilayah Persekutuan yang bermula sejak 2014 itu menyaksikan seramai 109 keluarga menerima manfaat dengan nilai berjumlah lebih RM5.02 juta.

“Bagi tahun 2019, sebanyak 90 unit kediaman disasarkan untuk diberikan kepada penerima yang memerlukan termasuk 60 unit kediaman yang diserahkan pada hari ini.

“Kerajaan sangat komited membantu golongan B40 dan M40 termasuk penerima unit PPR dan PA hari ini untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini