Hukuman Wan Ji berat, mansuhkan segera Akta Hasutan! - Pemuda PH - Utusan Malaysia

Hukuman Wan Ji berat, mansuhkan segera Akta Hasutan! – Pemuda PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Julai – Kerajaan digesa menyegerakan pemansuhan Akta Hasutan 1948 supaya perlanggaran hak seperti kes hukuman satu tahun ke atas penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin tidak lagi berulang.

Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, gesaan itu adalah berikutan komitmen PH dalam janji ke-21 manifesto mereka untuk memansuhkan semua akta zalim demi kebebasan bersuara dan hak asasi manusia yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Pemuda PH ingin melahirkan rasa kebimbangan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi untuk menolak rayuan terhadap sabitan dan hukuman penjara kepada Wan Ji di bawah Akta Hasutan. Kami difahamkan bahawa hukuman yang telah diputuskan juga adalah terlalu berat dan tidak mengikut kecenderungan hukuman denda yang selalunya disabitkan di bawah akta tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Justeru, kami mendesak pihak pendakwa raya untuk segera memberi penjelasan mengapa mahu hukuman lebih berat ke atas Wan Ji yang jelas bertentangan dengan dasar kerajaan PH mengenai akta yang zalim ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini