Bimbang air tandak tercemar - Utusan Malaysia

Bimbang air tandak tercemar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG 10 Julai – Orang Asli suku kaum Bateq di Kampung Kuala Koh, Pos Lebir di sini, bertindak memotong bekalan air tandak (air tadahan bukit) yang disalurkan ke kampung mereka sejak seminggu lalu.

Mereka mendakwa bekalan menerusi air tandak yang disediakan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) itu sudah tidak selamat digunakan.

Seorang penduduk, Mamat Ong, 30, berkata, penduduk tidak berani menggunakan air bukit yang keluar melalui batang paip di kampung itu kerana dipercayai menjadi punca krisis kesihatan sehingga berlaku kematian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, beberapa penduduk bertindak memotong paip tadahan air bukit itu untuk mengelak kejadian kematian berulang.

“Kami serik dan takut untuk menggunakan tadahan air bukit dari kawasan berkenaan kerana dikhuatiri masih tercemar.

“Kami juga rela pergi ke anak sungai berhampiran kampung itu untuk membasuh pakaian dan mandi selepas air tadahan bukit dipotong,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, kakak kepada Mamat, Ani Ong, 35, berkata, dia bersama lima anaknya tidak dapat mandi dan membasuh pakaian sejak beberapa hari lalu.

Katanya, bekalan air yang disediakan di kampung itu kehabisan kerana tadahan air bukit dipotong penduduk.

“Saya tak tahu siapa yang memotong tadahan air bukit itu dan tiba-tiba air tak keluar menyebabkan saya bersama anak berdepan masalah.

“Kita harap pihak kerajaan cepat-cepat menyalurkan bekalan air bersih kepada kami. Air tangki yang disediakan oleh Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) terhad dan hanya digunakan untuk keperluan minuman dan memasak,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini