Maybank IB raih 13 Anugerah Kewangan Islam The Asset Triple A - Utusan Malaysia

Maybank IB raih 13 Anugerah Kewangan Islam The Asset Triple A

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Julai – Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) meraih 13 pengiktirafan di Anugerah Kewangan Islam The Asset Triple A 2019, termasuk dua anugerah utama bagi Bank Pelaburan Islam Terbaik dan Penasihat Sukuk Terbaik Tahunan bagi Asia Pasifik.

Menara Maybank

Maybank IB juga menerima anugerah bagi Bank Pelaburan Islam Terbaik Malaysia dan Penasihat Sukuk Terbaik Tahunan Malaysia, di samping pelbagai anugerah bagi urus niaga penting yang mengutamakan kapasiti bank pelaburan itu dalam menjalankan transaksi kewangan Islam inovatif.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kenyataan hari ini, Maybank IB berkata anugerah itu diberikan berasaskan prestasi kukuh Maybank IB semasa tempoh yang dinilai.

Ketua Pegawai Eksekutif, Fad’l Mohamed berkata Maybank IB amat gembira atas pengiktirafan itu, termasuk anugerah yang pertama kali dimenangi mereka, yang mengiktiraf keupayaan serantau dalam melaksanakan transaksi kewangan Islam yang kompleks di seluruh spektrum urus niaga.

Anugerah Kewangan Islam The Asset Triple A yang diperkenalkan pada 2010 merupakan antara anugerah paling berprestij industri itu.

Industri kewangan Islam menjadi antara yang paling pesat berkembang dan menjadi bidang kewangan global yang mempunyai masa depan yang baik. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini