Bursa Malaysia rendah pada tengah hari - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia rendah pada tengah hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Julai – Saham di Bursa Malaysia rendah pada akhir sesi pagi, di tengah-tengah prestasi bercampur-campur dalam kalangan kebanyakan bursa di Asia Pasifik.

Pada 12.30 tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.11 mata kepada 1,678.76 berbanding 1,682.87 pada penutupan Selasa.

Indeks bergerak antara 1,678.39 dan 1,683.69 di sepanjang sesi pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kedudukan pasaran negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 381 berbanding 277, manakala 405 kaunter tidak berubah, 785 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.29 bilion saham bernilai RM985.09 juta.

Di bursa serantau, Indeks Straits Times Singapura menambah 0.59 peratus kepada 3,349.03, manakala Indeks Nikkei Jepun susut 0.07 peratus kepada 21,549.67 dan Indeks Hang Seng Hong Kong merosot 0.76 peratus kepada 28,116.28.

Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota penyelidikannya berkata peningkatan seterusnya lebih sukar dicapai melainkan terdapat peningkatan dalam unjuran asas korporat Malaysia.

“Pada masa ini masih terdapat sokongan berterusan ke atas saham berkaitan indeks dan ini mungkin menyaksikan indeks utama tidak banyak bergerak dan akan berada pada kedudukan itu untuk tempoh yang lebih lama memandangkan berlakunya sedikit tekanan jualan,” katanya.

– BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini