Wujud kawasan perindustrian baharu sepanjang jajaran ECRL - Utusan Malaysia

Wujud kawasan perindustrian baharu sepanjang jajaran ECRL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Julai – Pembinaan jajaran baharu Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dijangka mewujudkan kawasan-kawasan perindustrian baharu di sepanjang jajaran itu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, ini keyakinan yang ditunjukkan menerusi pelabur-pelabur China menerusi perjanjian baharu yang dimeterai kedua-dua negara berhubung projek berkenaan.

“kita yakin bahawa kita akan dapat menarik syarikat-syarikat perindustrian untuk membina kilang-kilang di sepanjang jajaran ECRL itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dengan itu, ia akan menambah kargo yang akan diangkut ECRL sama ada ke Pelabuhan Klang atau Pelabuhan Kuantan,” katanya sewaktu sesi pertanyaan-pertanyaan lisan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan We Ka Siong (BN-Ayer Hitam) yang bertanyakan mengenai perubahan trafik dan kargo serta kesan pendapatan terhadap syarikat yang menjalankan usaha sama dalam projek berkenaan. – UTUSAN-ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini