PGA Kulim patahkan cubaan seludup 1,500 kg daun ketum ke Thailand - Utusan Malaysia

PGA Kulim patahkan cubaan seludup 1,500 kg daun ketum ke Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR – Pasukan Gerakan Am (PGA) Kulim berjaya mematahkan cubaan dua lelaki untuk menyeludup sebanyak 1,500 kilogram (kg) daun ketum ke negara jiran melalui sempadan Malaysia-Thailand di Felcra Lubuk Sireh di sini semalam.

Daun ketum yang cuba diseludup menggunakan dua buah kenderaan pacuan empat roda itu dirampas pasukan ronda Batalion Dua PGA Kulim dalam Op Wawasan Kedah/Perlis kira-kira pukul 6 petang.

Pegawai Pemerintah Batalion Dua PGA, Superintendan Md. Dali Jamil berkata, anggota yang membuat rondaan di kawasan itu mengesan kenderaan jenis Mitsubishi Triton dan Toyota Hilux membawa muatan guni putih dari arah ladang Felcra Lubuk Sireh menuju sempadan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pasukan ronda seterusnya menghampiri kenderaan tersebut dan memperkenalkan diri sebagai polis sebelum kedua-dua pemandu cuba melarikan diri.

“Cubaan mereka itu gagal apabila kenderaan dipandu tersangkut di tepi jalan ketika mahu membuat pusingan U di situ,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, kedua-dua pemandu kemudian melarikan diri ke kawasan ladang getah dengan meninggalkan kenderaan masing-masing di tepi jalan.

“Hasil pemeriksan pada dua kenderaan pacuan empat roda itu menemui 50 guni putih mengandungi daun hijau yang dibalut dengan plastik lutsinar disyaki daun ketum,” ujarnya.

Tambahnya, jumlah keseluruhan daun ketum dan kenderaan yang dirampas adalah RM325,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini