Tiada kutipan sisa pukal, kebun oleh MDKL - Utusan Malaysia

Tiada kutipan sisa pukal, kebun oleh MDKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Tiada kutipan sisa pukal seperti perabot, tilam, barang elektronik dan tayar buruk serta sisa kebun dilaksanakan di kawasan Kuala Langat.

MDKL hanya menyediakan perkhidmatan kutipan sisa domestik yang dilaksanakan setiap tiga kali seminggu. – UTUSAN ONLINE

Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) memaklumkan, ini kerana ia tidak termasuk dalam skop kerja-kerja kutipan sampah di kawasan pentadbirannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak MDKL hanya menyediakan perkhidmatan kutipan sisa domestik yang dilaksanakan setiap tiga kali seminggu.

“Sehubungan itu, MDKL tidak akan membuat sebarang pembersihan terhadap sisa pukal yang ditinggalkan bersama sisa domestik,” katanya dalam satu kenyataan.

Ujarnya, orang ramai yang ingin membuang sisa pukal dan kebun perlu menghubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan Persekitaran MDKL terlebih dahulu di talian 03-3180 3154 untuk maklumat lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini