Parlimen: Pindaan Perlembagaan Persekutuan baharu dibentang esok - Utusan Malaysia

Parlimen: Pindaan Perlembagaan Persekutuan baharu dibentang esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan membentangkan cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan merangkumi penurunan had umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun, pendaftaran automatik dan kelayakan calon pilihan raya kepada 18 tahun di Dewan Rakyat, esok.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan memutuskan untuk menarik balik Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 yang dibentangkan sebelum ini, bagi turut meminda perkara berhubung pendaftaran pemilih secara automatik dan menurunkan had umur calon pilihan raya.

“Pada ‘first reading’ (bacaan kali pertama), kita cuma sebut tentang seorang berumur 18 tahun boleh (mengundi), tetapi kita tak masuk nama dia secara automatik, dia kena register (sebagai pemilih).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ada permintaan untuk masukkan pendaftaran automatik dan menurunkan had umur calon pilihan raya ini,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Terdahulu di Dewan Rakyat hari ini, Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 dan RUU Majlis Keselamatan Negara (Pindaan) 2019 yang dijadual untuk bacaan kali kedua, ditarik balik. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini