Vale diarah bayar semua kemusnahan runtuhan empangan - Utusan Malaysia

Vale diarah bayar semua kemusnahan runtuhan empangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIO DE JANEIRO 10 Julai – Hakim negeri di Brasil semalam mengarahkan gergasi perlombongan Vale membayar kesemua kemusnahan disebabkan runtuhan empangan yang membunuh ratusan orang dalam salah satu kemalangan industri terburuk negara.

Hakim Elton Pupo Nogueira berkata, bencana pada 25 Januari lalu tidak terkira dengan jumlah wang nakmun sebanyak AS$2.89 bilion (RM 11.97 bilion) aset milik syarikat itu kekal dibeku.

“Ia adalah mustahil untuk mengiranya hanya secara teknikal dan kriteria saintifik,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Keputusan itu merupakan ‘sabitan pertama’ terhadap Vale dalam insiden berkenaan.

Sebagai respons, Vale mengulangi komitmen untuk ‘membaiki dan membantu semua yang terjejas berikutan runtuhan empangan di Brumadingo. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini