Petronas gantung lesen unit Barakah Offshore - Utusan Malaysia

Petronas gantung lesen unit Barakah Offshore

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Julai – Petroliam Nasional Bhd telah menggantung lesen yang dikeluarkan kepada unit Barakah Offshore Petroleum Bhd. atas ketidakpatuhan kontrak.

Bakarah Offshore berkata, unit PBJV Group Sdn. Bhd. (PBJV) menerima pemberitahuan penggantungan lesen syarikat minyak negara itu.

“Surat dari Petronas menunjukkan terdapat laporan buruk daripada Petronas Carigali Sdn. Bhd. (PCSB) yang berkaitan dengan ketidakpatuhan PBJV berhubung dengan kontrak yang berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan bawah air untuk PCSB.

“Akibatnya, Petronas telah memutuskan untuk menggantung lesen PBJV untuk tempoh tiga tahun berkuatkuasa dari tarikh surat berkenaan,” katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×