5,000 pengunjung meriahkan Karnival 3W MPS - Utusan Malaysia

5,000 pengunjung meriahkan Karnival 3W MPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seramai 5,000 pengunjung memenuhi Padang Awam Batu Caves bagi menyertai pelbagai aktiviti menarik sempena Karnival 3W (Women,Welfare,Wellness) yang diadakan baru- baru ini.

Karnival selama satu hari itu antara penganjuran acara terbesar Majlis Perbandaran Selayang ( MPS) dan dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

MPS dalam satu kenyataan memberitahu, pelbagai aktiviti diisi sepanjang penganjuran program berlangsung.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Antaranya termasuk ‘plogging’ 10,000 langkah, basmi denggi, pertandingan futsal serta bengkel keusahawanan wanita strata.

“Selain itu, karnival tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran artis tempatan seperti Norman Hakim dan Memey Suhaiza,” katanya dalam kenyataan di sini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini