Tol: Belum ada keputusan-Tun M - Utusan Malaysia

Tol: Belum ada keputusan-Tun M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 9 Julai- Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memaklumkan kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan berkenaan tawaran untuk mengambil alih konsesi tol daripada Gamuda Berhad (Gamuda).

“Belum ada apa-apa keputusan,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penutup Persidangan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) 2019 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan semasa mengenai tawaran pengambilalihan konsesi tol daripada Gamuda.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada 23 Februari lalu, Dr. Mahathir mengumumkan cadangan untuk mengambil alih empat konsesi lebuh raya bertol di mana syarikat Gamuda mempunyai kepentingan dalam syarikat berkenaan.

Empat lebuh raya yang terbabit ialah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART (SMART).

Hasil daripada usaha rundingan dengan Gamuda, Kementerian Kewangan memberikan tawaran rasmi pada 21 Jun lalu kepada keempat-empat syarikat konsesi membabitkan nilai RM6.2 bilion. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini