Saya menghormati dengan cermat pandangan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyeru supaya semua parti politik Melayu bergabung dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) beberapa hari yang lalu.
Saya yakin, seruan tersebut adalah untuk parti-parti politik di Malaysia membina satu naratif dan model politik baharu yang lebih mampan demi kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negara.
Melalui penyatuan parti-parti politik Melayu, Malaysia akan terus kekal sebagai sebuah negara kosmopolitan yang meraikan kepelbagaian dan berpijak di atas realiti demografi masyarakat di Malaysia.
Ini sekali gus akan menjamin kestabilan politik yang mampan sebagai prasyarat untuk memacu pertumbuhan ekonomi demi melonjakkan Malaysia sebagai kuasa ekonomi serantau.
Maka, seruan tersebut tidak akan meminggirkan mana-mana kaum di Malaysia bahkan merupakan bagian daripada falsafah ‘shared prosperity’ (kemakmuran bersama).
Justeru, kita yakin dan percaya bahawa seruan Dr. Mahathir akan menjana satu model politik baharu yang mampan dan stabil serta menjana pengukuhan sokongan rakyat kepada Pakatan Harapan khususnya di kawasan luar bandar.
Penulis merupakan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK)
Penafian: Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Utusan Malaysia











