MBPJ anjur Majlis Penyampaian Sumbangan Pasukan Keselamatan Kejiranan - Utusan Malaysia

MBPJ anjur Majlis Penyampaian Sumbangan Pasukan Keselamatan Kejiranan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan menganjurkan Majlis Penyampaian Sumbangan Pasukan Keselamatan Kejiranan Petaling Jaya (PKKPJ) dan Kempen Membudayakan Komuniti 3R 2019 di Dewan Sivik MBPJ pada Khamis ini.

MBPJ dalam kenyataannya berkata, acara yang bermula dari pukul 4 petang itu akan disempurnakan oleh Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd. Sayuthi Bakar.


Majlis diisi dengan penyampaian sijil komuniti 3R, penyampaian sumbangan PKKPJ kepada wakil persatuan penduduk, rukun tetangga dan badan pengurusan bersama serta penyampaian Sijil Anugerah Khas PKKPJ dan penyampaian sijil penghargaan kepada Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional dan Polis Diraja Malaysia. – UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini