LZS agih wang saku, makanan kepada pelajar asnaf - Utusan Malaysia

LZS agih wang saku, makanan kepada pelajar asnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Lembaga Zakat (LZS) Selangor mengagihkan bantuan kepada pelajar asnaf dari 231 buah sekolah rendah dan menengah yang terpilih di sekitar negeri Selangor melalui Rancangan Agihan Wang Saku 2019.

LZS dalam satu kenyataan memberitahu, bantuan yang bermula pada 4 julai lalu itu hanya melibatkan sekolah Program Sekolah Angkat Zakat (Prosaz) Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dan Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS).

“Kami akan mengagihkan bantuan berbentuk wang saku sebanyak RM3 dan makanan berdasarkan kehadiran pelajar ke sekolah.

“ Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Ustaz Hasif di talian 012 3179264,” katanya dalam kenyataan di sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×