Kesan minimum kepada TNB - Utusan Malaysia

Kesan minimum kepada TNB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Julai – Tenaga Nasional Bhd. (TNB) dijangka menerima kesan yang minimum jika kerajaan melaksanakan liberalisasi elektrik runcit, kata UOB Kay Hian Malaysia Research.

Menurut firma penyelidikan itu, akaun segmen runcit hanya menyumbang dua peratus daripada hasil TNB dan penurunan harga saham syarikat utiliti itu sebanyak empat peratus Jumaat lepas adalah tidak wajar.

Katanya, perkara yang lebih penting ketika ini, peraturan berasaskan insentif (IBR) adalah berdasarkan kepada aset yang dikawal selia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Segmen runcit adalah aset cahaya justeru TNB memperoleh keuntungan yang minimum sebagai satu-satunya pembekal elektrik runcit di Semenanjung,” katanya dalam nota penyelidikan di sini hari ini.

Pada Jumaat lalu, kerajaan dilaporkan sedang menjalankan kajian mengenai sama ada untuk membenarkan pembekal tenaga baharu masuk ke dalam pasaran dan keputusan akan dibuat tidak lama lagi.

Sejurus pengumuman itu, harga saham syarikat utiliti berkenaan turun sebanyak empat peratus.

Dalam pada itu, UOB Kay Hian Research percaya penjualan besar-besaran itu adalah tidak wajar dan harga saham yang lemah adalah peluang untuk mengumpul hasil dividen yang mampan seba­nyak empat peratus.

Tambahnya lagi, pemang­kin penarafan semula utama bagi sektor tenaga termasuk TNB atau penjana kuasa bebas (IPP) lain seperti Malakoff adalah dengan memenangi tender Projek Loji Jana Kuasa Solar Berskala Besar pusingan ketiga (LSS3).

“Kedua adalah pengurusan modal secara aktif yang akan menyediakan ruang untuk meningkatkan harga saham dan ketiga, pembaharuan pasaran menghapuskan risiko bahan api untuk TNB,” kata­nya.

Ketika pasaran Bursa Malaysia ditutup pukul 5 petang ini, saham TNB naik 22 sen kepada RM13.82 sesaham.

Jika kerajaan memutuskan untuk meneruskan ranca­ngan berkenaan, ini bermakna TNB bukan lagi pilihan tunggal pengguna di Semenanjung Malaysia untuk membeli tenaga elektrik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini