KUALA LUMPUR 8 Julai – Tropicana, satu daripada jenama jus terbaik dalam negara menganjurkan peraduan yang menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM38,000 kepada pengguna setianya dari 1 hingga 31 Julai ini.
Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Perniagaan Alternatif Etika Sdn. Bhd., Santharuban T. Sundaram berkata, hadiah itu meliputi 10 Hadiah Utama bernilai RM500 setiap satu, 50 Hadiah Utama bernilai RM300 setiap satu dan 180 Hadiah Saguhati bernilai RM100 setiap satu.
Katanya, peraduan itu bagi meraikan pelancaran Tropicana Essentials terdiri daripada Orange Blend, Mango Blend dan Banana Blend yang mempunyai gabungan multivitamin dan mineral.
Jelas beliau, peserta perlu membeli Tropicana Essentials atau varian lain jenama Tropicana bernilai RM10 dan ke atas dalam satu resit di semua cawangan Tesco, Giant, Aeon dan Aeon Big yang mengambil bahagian.
“Seterusnya, taip ETIKA (ruang) lima digit terakhir nombor resit (ruang) tarikh resit (jarak) nombor MyKad (jarak) Nama (ruang) Bandar dan hantar butiran kepada nombor yang disediakan melalui WhatsApp dan simpan resit asal sebagai bukti pembelian.
“Bilangan kelayakan menyertai peraduan berbeza bergantung kepada jumlah pembelian dan jenis produk Tropicana, pengguna boleh mendapatkan tiga penyertaan apabila mereka membeli Tropicana Essentials 330ml,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tropicana mahu memberi ganjaran kepada peminat setia di atas sokongan berterusan mereka.
Ujar beliau lagi, pengenalan Tropicana Essentials Orange Blend, Mango Blend dan Banana Blend memberi pilihan tambahan kepada pengguna.
“Dengan mewujudkan rangkaian baharu ini, kami percaya boleh menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk membuat pilihan yang lebih sihat.
“Ini akan membantu mereka untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan,” katanya.











