Serena Williams didenda rosakkan gelanggang - Utusan Malaysia

Serena Williams didenda rosakkan gelanggang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pemain tenis wanita Amerika Syarikat, Serena Williams didenda 7,988 pounds (RM41,404.31) kerana merosakkan salah satu daripada gelanggang Wimbledon menggunakan raketnya.

Insiden itu berlaku semasa sesi latihan sebelum kejohanan itu berlangsung pada tahun ini di Kelab All England.

Juara Wimbledon tujuh kali itu, setakat ini telah beraksi enam kejohanan pada tahun ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pada itu, pemain Itali, Fabio Fognini turut didenda 2,396 pounds (RM12,418.66) selepas mengeluarkan kata-kata, Wimbledon sepatutnya dibom. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini