De Ligt tidak sertai PSG - Utusan Malaysia

De Ligt tidak sertai PSG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS – Paris Saint-Germain (PSG) berminat untuk menandatangani Matthijs de Ligt dari Ajax namun tidak akan membeli pertahanan itu, kata pengarah sukan, Leonardo.

Persembahan De Ligt dalam membantu Ajax menjuarai dua gelaran domestik dan melangkah ke separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) menarik perhatian gergasi Eropah tersebut.

Bagaimanapun Juventus kelihatan sudah mendapatkan khidmat pertahanan itu selepas ejen De Ligt, Mino Raiola, berkata persetujuan telah dicapai dengan juara Serie A itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perbincangan mengenai yuran perpindahan masih lagi dilakukan di antara Juven dan Ajax, De Ligt kelihatan hadir untuk sesi latihan pra-musim bersama gergasi Belanda itu semalam.

“De Ligt tidak akan datang ke PSG. Dia seorang pemain berkualiti tetapi kelab tidak akan berbelanja besar untuk pemain itu. Kami perlu bertenang seketika,” katanya.

Dalam pada itu, pertahanan Napoli, Kalidou Koulibaly, telah dikaitkan sebagai pilihan kedua jika PSG gagal mendapatkan De Ligt tetapi Leonardo menegaskan pemain kebangsaan Senegal itu turut memiliki tanda harga yang tinggi.

Leonardo turut mendedahkan kelab telah menawarkan untuk memastikan Adrien Rabiot kekal di Paris tetapi pemain tengah itu mengambil keputusan untuk menyertai Juve sebagai ejen bebas bersama Aaron Ramsey.

PSG telah menandatangani Ander Herrera dan Pablo Sarabia menjelang musim baru tetapi penjaga gol, Gianluigi Buffon telah membuat keputusan kembali bersama Juve. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini