‘Kotak hitam’ dedahkan saat akhir pendaki Himalaya - Utusan Malaysia

‘Kotak hitam’ dedahkan saat akhir pendaki Himalaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI 8 Julai – Pihak berkuasa India hari ini menunjukkan video menyayat hati saat-saat akhir pasukan pendaki antarabangsa disapu runtuhan salji ketika cuba menawan puncak Himalaya, baru-baru ini.

Klip selama 154 saat itu menunjukkan empat pendaki Britain, dua Amerika Syarikat, seorang Australia dan India diikat tali satu sama lain mendaki pada banjaran yang sempit menuju puncak.

Jurucakap Polis Sempadan Indo-Tibetan, Vivek Kumar berkata, tiba-tiba kita terdengar bunyi yang kuat dan video itu menjadi kosong dan berhenti.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kamera itu ditemukan pada salji berhampiran tujuh mayat pendaki yang ditemukan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini