Ahli PH kalau tak ikut pemimpin, kita 'belasah' - Utusan Malaysia

Ahli PH kalau tak ikut pemimpin, kita ‘belasah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 8 Julai – Ahli Pakatan Harapan (PH) perlu mengikut pemimpinnya jika tidak, mereka akan ‘dibelasah’.

Demikian seloroh Pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada pemberita ketika menjawab soalan yang pada asalnya ditujukan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ahli PH kena mengikut pemimpinnya. Kalau tidak ikut kita ‘belasah’,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden PH di Bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, Anwar ditanya adakah beliau akan meneruskan dasar Dr. Mahathir selepas mengambil alih kepimpinan negara kelak ekoran kebimbangan pelabur tentang isu penerusan dasar.

Menjawab persoalan itu, Ahli Parlimen Port Dickson yang duduk di sebelah Dr. Mahathir yang juga Perdana Menteri pada sidang akhbar berkenaan menegaskan Perdana Menteri bertindak atas dasar PH.

“Dan saya seorang ahli PH. Cukuplah…,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini