Treler bawa muatan 120 tong alkohol terbakar - Utusan Malaysia

Treler bawa muatan 120 tong alkohol terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI 8 Julai – Sebuah treler membawa muatan 120 tong alkohol terbakar di Lebuhraya Utara-Selatan dekat sini pukul 7.10 petang tadi.

Bagaimanapun kejadian di susur keluar ke pusat beli-belah Johor Premium Outlet (JPO) menghala Johor Bahru itu tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

Pemandu treler berkenaan, Mohd. Zarul Azmizan Ismail, 31, terselamat kerana sempat keluar daripada kenderaan berat tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Kulai, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Fauzi Awang berkata, seramai 16 anggota dari BBP Bandar Baru Kulai, BBP Kulai dan BBP Skudai dengan tiga buah jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

“Sejurus pihak bomba tiba api ketika itu sedang marak membakar treler tersebut. Treler itu datang dari arah Tuas, Singapura menuju ke Banfoo, Ulu Tiram, Johor Bahru.

“Bahan yang dibawa adalah Isopropyl alcohol iaitu agen pembersih yang bertindak sebagai anti septik. Operasi ditamatkan pada pukul 8.45 malam. Punca dan anggaran masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini