Calon angkasawan pertama Afrika terbunuh kemalangan - Utusan Malaysia

Calon angkasawan pertama Afrika terbunuh kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAPE TOWN 8 Julai – Calon angkasawan kulit hitam pertama dari Afrika, Mandla Maseko terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya sebelum dia sempat menjadikan impiannya satu kenyataan.

BBC yang memetik kenyataan keluarga Maseko melaporkan, lelaki berusia 30 tahun dari Afrika Selatan itu terbunuh dalam satu kemalangan, kelmarin.

Maseko dari Afrika Selatan yang bakal menjadi individu dari negara itu untuk menjejak kaki ke angkasa lepas, dilapor mening­gal dunia dalam satu kemalangan motosikal.

Memuatkan artikel berkaitan…

Digelar sebagai `Afronaut dan Spaceboy’, Maseko menggambarkan dirinya sebagai budak bandar tipikal yang berasal dari Pretoria.

Maseko menghabiskan masa selama seminggu di Pusat Ang­kasa Kennedy di Florida bagi menjalani ujian sebagai persediaan mengembara selama sejam di sub orbit, pada 2015.

Katanya, dia mahu melakukan sesuatu yang akan memberi motivasi dan inspirasi kepada orang muda di Afrika serta membuktikan bahawa mereka boleh mencapai apa jua tanpa mengira latar belakang.

Menurut Maseko, beliau juga bercadang untuk menghubungi golongan muda itu ketika berada di angkasa lepas.

“Saya berharap mempunyai satu talian yang akan digunakan pada masa akan datang seperti angkasawan, Neil Amstrong,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini