Wan Abdul Rahim mahu lebih fokus terhadap Kafa - Utusan Malaysia

Wan Abdul Rahim mahu lebih fokus terhadap Kafa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengesahkan tempoh beliau memegang jawatan sebagai Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan akan berakhir pada 5 Oktober ini.

Wan Abdul Rahim berkata, ini akan memberi peluang kepada beliau untuk memberi lebih tumpuan kepada pembangunan bola sepak di negeri ini selepas tempoh jawatan beliau dalam parti berkenaan berakhir.

“Sebelum ini saya ada menulis surat untuk meletak jawatan (dalam parti) tetapi kawan-kawan tolak tapi saya ada tempoh lebih kurang tiga bulan sehingga 5 Oktober depan sampai ada pemilihan semula (dalam parti).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekarang saya dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilih Amanah yang menyebabkan saya tidak boleh bertanding (mana-mana jawatan dalam parti) dan itu memberi peluang kepada saya untuk menumpukan perhatian terhadap Kafa,” katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Timbalan Presiden Kafa, Datuk Seri Afandi Hamzah.

Akhbar sebelum ini melaporkan Wan Abdul Rahim berhasrat untuk meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Amanah Kelantan selepas dipilih sebagai Presiden Kafa menerusi Kongres Agung Luar Biasa (EGM) persatuan itu Sabtu lepas. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini