Cari kaedah selesai masalah bau busuk - Utusan Malaysia

Cari kaedah selesai masalah bau busuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 8 Julai – Majlis Perbandaran Kangar (MPK) telah memberi nasihat kepada pengusaha kilang pembuatan dedak di kawasan perindustrian di Kuala Perlis di sini bagi mencari jalan menyelesaikan masalah bau busuk yang menjejaskan kehidupan penduduk di kawasan berkenaan sejak tiga tahun lalu.

Yang Dipertua MPK, Wan Ahmad Fazli Wan Kamis berkata, pihaknya dan beberapa jabatan lain telah melakukan pemantauan di kilang terbabit dan memberi jaminan akan berusaha membantu menyelesaikan masalah itu.

Kata beliau, pihak kilang telah menyatakan komitmen untuk mencari kaedah mengatasi isu tersebut atau sekurang-kurangnya meminimumkan masalah bau busuk itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak kilang telah ambil tindakan dengan mengikut nasihat kita agar masalah itu diselesaikan. Kita akan beri mereka (pihak kilang) masa untuk menyelesaikan masalah tersebut.

“Pihak kilang sebelum ini juga telah memberikan komitmen, cuma masalah bau busuk itu masih tidak dapat diselesaikan lagi,” katanya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan mengenai keluhan penduduk di sekitar Kuala Perlis yang terpaksa menghidu bau busuk dipercayai berpunca daripada kilang pembuatan dedak di kawasan perindustrian di sini.

Kewujudan kilang terbabit menyebabkan kehidupan kira-kira 3,000 penduduk dari 10 buah kampung di Kuala Perlis terjejas berikutan terpaksa menghidu bau busuk setiap hari yang berlarutan sejak tiga tahun lalu. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini