Hamil anak kedua, anak gemar tidur di muka Amyra - Utusan Malaysia

Hamil anak kedua, anak gemar tidur di muka Amyra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Hamil anak kedua yang kini memasuki usia kandungan dua bulan, pelakon Amyra Rosli mendedahkan selain mengidam makanan yang pelik-pelik, anak sulungnya, Aqeef Anaqi gemar tidur atas mukanya pada waktu malam.

Amyra atau nama sebenarnya, Nur Amira Izzati Rosli, 27, berkata, sejak hamil, anaknya itu berkelakuan sangat manja.

“Boleh dikatakan setiap malam, Anaqi akan ‘panjat’ dan tidur atas muka saya. Manja dia memang lain macam. Dia belai rambut dan pantang berpisah. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mungkin itu petanda yang dia sudah bersedia untuk menjadi seorang abang. Khuatir juga dia berkelakuan bukan-bukan jadi setiap kali dia ingin panjat muka, saya sudah sediakan bantal di perut (ketawa),” kata Amyra yang ditemui Kosmo! Online pada majlis rumah terbuka Aidilfitri dia dan suami, Amar Baharin Sabtu lalu. 

Dalam pada itu, bercerita tentang fasa kehamilan setakat ini, Amyra mengidam makanan yang pelik-pelik seperti kek gulung berkrim, bihun goreng sos dan mi segera.

“Saya baru sahaja pesan kek gulung berkrim dari Sabah. Baru-baru ini, saya meminta Amar menyediakan bihun bersama sos,” katanya.

Amyra berkata, biarpun selera makannya semakin bertambah, dia tidak mampu menjamah banyak kerana tekaknya kurang selesa selepas menikmati makanan.

“Alhamdulillah, biarpun ada alahan, ia tidak seteruk ketika saya mengandungkan Anaqi dahulu. Ketika hamil anak pertama, saya sering muntah, terutama sebelah malam,” ujarnya lagi yang bakal bergandingan dengan suami, Amar Baharin dalam sebuah projek drama berjudul Cemburu Seorang Perempuan.

Isnin lalu, Amar yang meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-34 berkongsi perkhabaran gembira Amyra hamil anak kedua. Amyra dan Amar mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan dikurniakan anak sulung, Aqeef Anaqi pada 15 Oktober 2017. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini