Pemuda UMNO Selangor yakini barisan kepimpinan baharu - Utusan Malaysia

Pemuda UMNO Selangor yakini barisan kepimpinan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM 8 Julai – Pemuda UMNO Selangor yakin gerak kerja serta idea baharu ke arah menawan kembali hati dan keyakinan rakyat akan lebih tersusun dengan barisan kepimpinan UMNO negeri yang diumumkan Pengerusi, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan semalam.

Ketuanya, Rizam Ismail berkata, Datuk Nasaruddin M. Zin yang dilantik sebagai Setiausaha, Datuk Abdul Rahman Bakri (Ketua Penerangan) dan Datuk Abdul Mutalif Abdul Rahim (Bendahari) bakal membentuk pasukan dengan kesefahaman yang tinggi ke arah memperkasakan kembali UMNO Selangor.

“Pemuda melihat ini pasukan yang tepat dan kita berharap dengan barisan kepimpinan ini, idea serta gerak kerja parti akan menjadi lebih tersusun. Semoga keikhlasan dan pengorbanan kita semua mendapat keberkatan dari Allah S.W.T.” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pada itu, Abdul Rahman yang juga Ketua Bahagian UMNO Sabak Bernam berterima kasih kepada Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Mat Nadzari kerana yakin dan percaya dengan pengalaman serta kebolehannya untuk membantu parti.

Jelasnya, penstrukturan baru UMNO Selangor itu akan memberi impak positif sekaligus menambah keyakinan ahli akar umbi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

“Saya yakin di bawah kepimpinan Mat Nadzari ini akan menjadikan UMNO lebih tersusun dan terancang dalam setiap pergerakan selepas ini tetapi apa yang lebih penting ukhwah kita kini semakin kuat,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini