Presiden Kafa lepaskan jawatan Pengerusi Amanah negeri - Utusan Malaysia

Presiden Kafa lepaskan jawatan Pengerusi Amanah negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 8 Julai – Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) negeri, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah akan terus menggalas tugasnya untuk menerajui parti itu sehingga tempohnya berakhir pada 5 Oktober ini.

Wan Abdul Rahim atau lebih dikenali dengan Cikgu Wan Rahim berkata, beliau tidak akan bertanding pada pemilihan parti itu pada kali ini kerana telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilih parti itu yang tidak membenarkannya bertanding sebarang jawatan.

“Ini membolehkan saya bersama barisan kepemimpinan memberi perhatian khusus kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) nanti,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Akhbar tempatan semalam melaporkan sumber Amanah Kelantan mendedahkan Wan Abdul Rahim akan melepaskan jawatannya sebagai pengerusi negeri dalam masa terdekat.

Kelmarin, Wan Abdul Rahim yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan menang jawatan Presiden Kafa untuk penggal 2019-2023.

Beliau berjaya menewaskan pencabarnya ahli perniagaan muda Datuk Seri Amril Aiman Abdul Aziz. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini