5 Kampung di Aceh dilanda hujan ais - Utusan Malaysia

5 Kampung di Aceh dilanda hujan ais

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 8 Julai – Penduduk di lima buah kampung di Jagong Jeget, Aceh Tengah di sini dikejutkan dengan kejadian hujan ais yang berlaku di bandar itu, petang semalam.

Kejadian selama 10 minit itu melanda kampung Paya Dedep, Paya Tungel, Jeget Ayu, Jagong Jeget dan Bukit Kemuning di daerah Jagong Jeget.

Detik News yang memetik Ketua Agensi Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Aceh, Teuku Ahmad Dadek sebagai berkata, sehingga kini agensi itu belum menerima sebarang laporan berhubung kerosakan yang diakibatkan oleh kejadian tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kejadian iitu mencetus persoalan apabila berlaku di tengah-tengah cuaca panas yang membentuk titik panas di awan.

Menjelaskannya, jurucakap Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofizika (BMKG) Blang Bintang,

Zakaria Ahmad memberitahu, meskipun situasi itu jarang-jarang berlaku namun ia tidak bermaksud tidak mungkin berlaku. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini