DMJ desak Syed Saddiq tarik balik pindaan had usia belia - Utusan Malaysia

DMJ desak Syed Saddiq tarik balik pindaan had usia belia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 8 Julai – Dewan Muda Johor (DMJ) hari ini mendesak Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menarik balik pindaan had usia belia daripada 40 kepada 30 tahun di parlimen.

DMJ dalam satu kenyataan berkata, desakan itu dibuat memandangkan empat negeri iaitu Sarawak, Selangor, Perlis dan Johor menolak pindaan itu dan mengekalkan has usia belia 40 tahun.

Menurutnya, Syed Saddiq sepatutnya melaksanakan program konsultasi yang konstruktif dengan semua pemegang taruh seperti kerajaan negeri, persatuan belia dan semua pihak terlibat sebelum meluluskan apa-apa perkara berkaitan belia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“DMJ berpendapat jika pindaan had usia belia diteruskan, ia akan mewujudkan dua set undang-undang yang berbeza iaitu satu di peringkat persekutuan dan satu lagi di peringkat negeri.

“Perkara itu akan menyebabkan pencanggahan yang akhirnya merugikan golongan belia sendiri,” menurut DMJ menerusi kenyataan itu.

Menurut DMJ, mereka akan mendesak Ahli Dewan Negara untuk menolak pindaan itu sekiranya Syed Saddiq bersikap keras kepala dan enggan menarik pindaan had usia belia tersebut.

“DMJ akan mendesak Ahli Dewan Negara untuk menolak pindaan had usia belia seperti mana yang pernah berlaku pada Usul pemansuhan Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar 2018 yang ditolak Dewan Negara,” katanya. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini