Smartbite selesaikan 
masalah ‘makan di mana?’ - Utusan Malaysia

Smartbite selesaikan 
masalah ‘makan di mana?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

“Nak makan di mana hari ini?”

Persoalan tempat makan tengah hari sering menjadi isu dalam kalangan mereka yang bekerja pada hari ini. Lambakan restoran dan gerai makanan di merata tempat memberi terlalu banyak pilihan.

Selain itu, soal logistik se­perti tempat dan bayaran let­ak kereta juga perlu diambil kira jika ingin menikmati makanan di luar pejabat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Namun, dengan adanya teknologi hari ini, soal makan di mana atau makan apa tidak menjadi masalah. Semuanya boleh ditempah di hujung jari. Kehadiran pelbagai aplikasi perkhidmatan penghantaran makanan menjadikan waktu makan tengah hari lebih mudah.

Syarikat permulaan penyediaan makanan, SmartBite misalnya ditubuhkan untuk mengurangkan masalah makan tengah hari atau makan malam golongan profesional yang sentiasa sibuk di pejabat.

“Kami mahu menyediakan penyelesaian mudah untuk profesional yang bekerja,” kata pengasas bersama dan ketua pegawai eksekutif SmartBite, Gabriele Fadda

“Kami membangunkan model yang dilengkapi dengan kecerdasan buatan (AI) bagi menyesuaikan menu kepada pelanggan dan hanya membuat penghantaran di pejabat pada waktu tertentu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

SmartBite turut diasaskan bersama dua rakannya, ­Romeo Bellon dan Max ­Holvast.

Fadda berkata, SmartBite ­direka untuk menjadi satu ­penyelesaian pintar dan mudah yang mana proses memilih makanan dan proses check-out hanya mengambil masa sepantas 30 saat.

“Itulah yang kami mahu capai, proses pemilihan dan pembayaran pantas supaya pelanggan tidak terlalu ­memikirkan makanan mereka,” katanya.

Sementara itu, Bellon berkata, SmartBite dapat menghapuskan kos penghantaran dan tidak mengenakan jumlah minimum tempahan melalui model menu yang terhad sekali gus membolehkan para rider mereka mengambil dan menghantar lebih banyak tempahan.

“Selain itu, pengguna yang pertama kali mendaftar di SmartBite akan diminta memberi pilihan makanan mereka dan julat harga serta adakah mereka mempunyai alahan kepada makanan tertentu. Maklumat ini kemudiannya akan digunakan untuk menyesuaikan pilihan makanan kepada pelanggan,” katanya.

SmartBite kini boleh diakses ­melalui aplikasi yang boleh dimuat turun daripada Google PlayStore.

l Romeo Bellon, Gabrielle Fadda dan Max Holvast membangunkan satu laman web tempahan makanan, Smartbite khusus bagi penghantaran ke pejabat.

l SmartBite mempunyai model perniagaan yang unik berbanding syarikat penghantaran makanan lain. Ia menawarkan penghantaran percuma tanpa tempahan minimum.

l Ia menawarkan slot penghantaran bermula pukul 11 pagi hingga 6 petang.

l Kawasan penghantaran meliputi kawasan perniagaan di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya dan akan diluaskan ke kawasan lain.

l Menyasarkan untuk menjadi perkhidmatan makanan rasmi waktu makan tengah hari di pejabat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini