Dua ditahan kerana gagal lapor tukar ketua kapal - Utusan Malaysia

Dua ditahan kerana gagal lapor tukar ketua kapal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Julai- Gara-gara gagal melaporkan pertukaran nakhoda dalam lesen bot penumpang, dua orang juragan tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan Semporna, Sabah semalam.

Dalam pemeriksaan kira-kira pukul 4 petang itu, tindakan juragan itu disedari bot peronda Maritim Malaysia yang sedang rondaan rutin.

Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Norrimi Hassan berkata, ketika kejadian, bot tersebut dipercayai dalam perjalanan menuju ke jeti Pelancong dari Pulau Mataking.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dua juragan berusia 32 tahun dan 40 tahun itu disyaki kerana telah melakukan kesalahan yang ditetapkan di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002. Pemilik dan operator bot bertanggungjawab memastikan bot mereka selamat untuk penumpang.

“Penahanan ini merupakan kes kelapan direkodkan oleh Maritim Semporna bagi tahun ini. Kesemua yang ditahan termasuk bot penumpang diiring masuk ke jeti pelancong dan kemudian diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Semporna untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Norrimi berkata, Zon Maritim Semporna akan terus meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan bagi mengekang perlanggaran undang-undang dan perlakuan jenayah di perairan Semporna.

Jelasnya, orang ramai diminta untuk bekerjasama dengan menyalurkan maklumat mahupun aduan ke Zon Maritim Semporna di talian 089-782619 atau MERS 999.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini