Kuala Koh diisytihar bebas zon merah - Utusan Malaysia

Kuala Koh diisytihar bebas zon merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG – Kawasan perkampungan Orang Asli suku kaum Bateq di Kampung Kuala Koh, Pos Lebir di sini telah diisytihar bebas daripada zon merah bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd. Taufik Maidin berkata, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Gua Musang di Pejabat Tanah dan Jajahan semalam.

Katanya, perkara itu dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Kesihatan daerah bahawa Kampung Kuala Koh sudah diisytiharkan selamat daripada jangkitan penyakit demam campak.

Memuatkan artikel berkaitan…

 Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini