Everton sedia tambat Costa - Utusan Malaysia

Everton sedia tambat Costa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL – Pemilik Everton, Farhad Moshiri mengarahkan kelab tersebut mencari jalan untuk menandatangani penyerang kontroversi Atletico Madrid, Diego Costa sebagai pembe­lian utama pada jendela perpindahan musim panas ini.

Everton telah berbelanja lebih daripada bajet sejak tiga tahun lalu hingga memerlukan pengarah bola sepak kelab, Marcel Brands berdepan tugas sukar untuk menyeimbangkan perbelanjaan, namun Moshiri menunjukkan dia sanggup membayar harga tinggi bagi mendapatkan Costa.

Costa, 30, hampir menyertai Everton pada tahun 2017 malah hubungan tegangnya dengan Atletico Madrid akan memudahkan lagi penghijrahan keluar pemain itu dari ibu kota Sepanyol.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penyerang sensasi itu juga telah digantung lapan perlawanan musim lalu kerana menghina pengadil pada aksi menentang Barcelona.

Bagaimanapun, Costa yang sering menimbulkan kontroversi dilihat berjaya membuktikan bakatnya sewaktu tiga tahun bersama Chelsea.

Pemain tersebut telah menjulang dua kejuaraan Liga Perdana England (EPL) di bawah bimbingan Jose Mourinho dan Antonio Conte, namun penghujung kariernya di Stamford Bridge berakhir dengan buruk apabila dia menuduh Chelsea melayannya seperti penjenayah.

Justeru, ia akan menjadi risiko buat Everton yang cuba membawa kembali pemain itu kembali ke saingan EPL, namun bakatnya sebagai pemain No. 9 dilihat sesuai dengan gaya di Goodison Park.

Justeru, Moshiri berminat untuk memacu masa depan kelab memandangkan Everton akan berpindah ke stadium baharu di Bramley Dock. Everton ketika ini sudah menandatangani Andre Gomes dengan nilai perpindahan £22 juta (RM113.81 juta) dari Barcelona. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini