Lelaki mengamuk ibu enggan beri duit - Utusan Malaysia

Lelaki mengamuk ibu enggan beri duit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKAH 7 Julai – Seorang lelaki mengamuk apabila ibunya enggan memberikan wang dalam kejadian di sebuah rumah panjang di Stapang, Sarawak semalam.

Portal berita Utusan Borneo melaporkan, Ketua Polis Daerah Dalat, Deputi Superintenden Roslan Leman berkata, sekitar pukul 3.45 petang suspek yang berumur 32 tahun dikatakan turut membaling objek keras sebelum mengacukan pisau kepada ibunya.

“Suspek telah ditangkap dan ditahan reman semalam sekitar 6.45 petang,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Roslan, suspek yang merupakan seorang penganggur juga telah dibawa ke Hospital Sibu untuk mendapatkan rawatan.

“Berdasarkan maklumat daripada ibu suspek yang juga mangsa, suspek disyaki di bawah pengaruh dadah jenis syabu ketika kejadian,” ujarnya.

Tambah Roslan, kes disiasat di bawah dua seksyen iaitu Seksen 324 Kanun Keseksaan dan 506 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini