Neuer mahu bawa diri - Utusan Malaysia

Neuer mahu bawa diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERMAN- Ejen Manuel Neuer mendedahkan kapten Bayern Munich itu sedang berkira-kira untuk meninggalkan kelab Jerman tersebut pada musim panas ini selepas menyedari peranannya bersama pasukan semakin berkurangan.

Penjaga gol kebangsaan Jerman itu menikmati pelbagai kejayaan domestik dan Eropah bersama Munich termasuk menjuarai Liga Juara-Juara enam tahun lalu dengan menewaskan seteru utama Borussia Dortmund 2-1.

Neuer bersama Bayern selama lapan tahun selepas dia berpindah dari Schalke pada 2011 dan telah membuat 336 penampilan, 176 aksi tanpa bolos.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sepanjang lapan musimnya, penjaga gol berusia 33 tahun itu menjuarai Bundesliga tujuh kali, DFB-Pokal lima kali dan Liga Juara-Juara sekali.

Sebelum ini, Bayern telah pun melepaskan pertahanan veteran Mats Hummels yang kembali menyertai Dortmund manakala legenda kelab, Franck Ribery serta Arjen Robben meninggalkan pasukannya itu selepas kontrak mereka tamat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini