Gaji De Gea naik - Utusan Malaysia

Gaji De Gea naik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – David de Gea bersetuju untuk melanjutkan kontraknya bersama Manchester United yang bernilai 350,000 pound (RM1.8 juta) seminggu sekali gus memberi laluan kepada bos Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer untuk mengekalkan Paul Pogba di Old Trafford.

Media tempatan, Sunday Mirror Sport mendedahkan perbincangan di antara pengurusan tertinggi United bersama ejen De Gea iaitu Jorge Mendes berjalan dengan lancar dan penjaga gol Sepanyol itu bersedia untuk menandatangani kontrak lima tahun.

Ketika ini, penjaga gol United itu menerima pakej gaji 200,000 pound seminggu (RM1 juta) sekali gus menjadi penjaga paling mahal di dunia selama 12 bulan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dea Gea mahu dibayar sama seperti Alexis Sanchez yang menerima bayaran 500,000 pound (RM2.5 juta) seminggu selepas berpindah dari Arsenal.

Kini, selepas mengadakan rundingan di antara Mendes dan Solskjaer, difahamkan De Gea akan melanjutkan kontraknya selama lapan tahun di Old Trafford. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini